Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik





1) Tuntutan agama

- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?



*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


2) Mengurangkan dosa

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.



3) Lebih pintar dan tenang

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.



4) Tidak membazir

- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.



5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)



6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.



7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.



8 ) Lebih dihormati


- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

Jom Puasa 9 & 10 Muharram !!!


Hukum Puasa Tasyu’a dan Puasa hari ‘Asyura
Hukum puasa tasyu’a dan puasa asyura adalah sunnah muakkad, yaitu sunnah yang sangat dianjurkan.
Hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari) – Sumber
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Puasa hari Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.

~~air mata lelaki~~


ღ✿ AIR MATA LELAKI ღ✿

ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥✿ღ♥

·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.


·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.


·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak

Kecantikan wanita bagaikan rama-rama




"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)

DOAKU UNTUKMU SAYANG

Seorang kanak-kanak berumur 3 tahun sedang leka bermain permainannya.. sambil berhampiran dengannya, ibunya sedang memerhatikan tiap gelagatnya. Sesekali anak kecil itu memandang ibunya dan senyum dengan comelnya ^^
umi.....umi.....
tengok nih!

ye sayang.....umi tengok lia jerr nih....

hehe...umi, main ngan lia....

takpe2, lia main...umi nak rehat nii...

haaa..

tiba-tiba..

umi.....umi.....
ummmiiiiiii......
umi.....umi dengo tak nie....
umi....

leeya menoleh. perlahan-lahan anak kecil itu merangkak ke ibunya..

umi...umi...

anak tadi mula menangis...menjerit-jerit memanggil 'umi'..
teresak-esak si kecil... merah padam mukanya..tangannya sekali sekali menepuk-nepuk lantai sambil berteriak menjerit 'umi'....

merangkak anak tadi lebih dekat pada ibunya...badan ibunya di'panjat'..
serta merta...

ehh! Lia.........nape panjat umi nie....
kan nga main tadi....

umi................ teriak si kecil sekuat hati..ibunya pelik..

ehh..lia...lia...nape nih....nape nanges sangat nih....

umi.....umi tinggal lia! jangan tinggal lia lagi...

laaa...bile umi tinggal sayang....

tadi...

umi tertido sayang..umi letih...

umi pejam mata...pastu umi takde suare...umi tak jawab lia anggel...

hmmmm....umi tak sedar da sayang....umi penat sangat kot...da, da, anak umi tak mo nanges lagi...

umi jangan pejam mata lagi! tengok lia jer!

hehehehe, yerk2 sayang! umi tengok lia jer, umi tetap teman lia jer k sayang!


sesekali pipi gebu anaknya itu dikucup dengan penuh kasih sayang. erat pelukan keduanya.

-----<<<<<>>>>>-----

jatuh sebutir air jernih dari kelopak mata aleeya yang kini menjangkau 21 tahun. syahdu kerana rindukan ibunya. Terimbau peristiwa ketika dia 3 tahun dulu.. tersenyum sendiri. kelakar. tapi itulah kenangan..

KINI, bila rindu pada ibunya.. INI akan menjadi penemannya.. =) terimbau kenangan ketika itu..

lia.....umi nak bagi something.

hah? ape umi...

on bluetooth.

kenape??

on jer lerrr..

daa... 


"carik kitew ke?" ni bluetooth nye?

yup! 

ape2 jer name...

ele, bior laa! dari umi skema.. C510., haha

ala, bior skema asal jelas!

ye lerr..antO ape nih..macam2 laa plak umi ni...

haaa....da! nanti time dalam bus baru dengO!

nape...

ikot jer lerr...ingat! dalam bus nanti! or, dekat kampus t! lagi bagus..

ye lah! ye lah!

di kampus

da dengar??

lom laa umi... ni baru sampai...after kemas2 nih lia dengar k..dalam bus tadi pening2, so tido jer..

okey2, it's ok dear! take care k..

take care too umi!

after rest..capai handphone. then playing...
then...

tutt...tutt...

"one message receive"

umi.........lia sayang umi! SUMPAH! DEMI ALLAH! Lia sayang umi sangat2! Lia tak nak terlepas bagitahu yang Lia sayang umi sangat2! Sungguh! Umi, umi terhebat bagi Lia! TERIMA KASIH YA ALLAH! 


Ya Allah! peliharalah ibuku ini. 
Kuatkan kakinya di jalan-Mu. 
Kuatkan jasadnya dengan rahmat-Mu. 
Penuhkan hatinya dengan sifat sabar dan redha. 
Kuatkan ruhnya dengan Ruh-Mu. 
Buatkan dia tersenyum hingga ke syurga-Mu. 
Ya Rabb! aku bukanlah anak yang terbaik untuknya. 
tak mampu berada disisinya untuk melindunginya. 
Kau lindungilah dia dari segala bahaya dan rahmatilah dia. 
Sungguh! Aku yakin cukup ALLAH sebagai penjaga-Mu UMI...

Received:
5:45:16pm
20-06-2010
From:
Leeya (my Luvely Son)

menitis air mata seorang ibu setelah membaca pesanan ringkas dari anak kesayangannya itu. Sungguh! membesarkan anak itu bukan MUDAH walaupun seorang. Segala corak kehidupannya, semuanya terletak di tangan ibu bapa. Petunjuk Allah saja yang mampu memimpin segala didikan itu menjadi didikan terHEBAT untuk seorang anak itu. 


reply :
terima kasih atas doanya! Cukup dengan lagu itu menggambarkan seluruh perasaan umi padamu, doa umi untukmu sayang! anakku. Jage dirimu seperti mana umi pernah menjaga mu, namun LEBIH PENTING! Jage imanmu, sungguh! umi tak mampu menjaga imanmu melainkan kamu selalu mohon perlindungan itu dari pemberi iman iaitu ALLAH.=)

sending >>>>>> message deliverd

lagi sekali, lagu itu dipasang..^^


Doaku untukmu sayang

Kau mahu apa pasti kan ku beri
Kau pinta apa akan ku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak kan berhenti menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Illahi
tuk satukan kami di syurga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak kan berhenti menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Illahi
tuk satukan kami di syurga nanti



Mengalir deras airmata si ibu. sebak menghayati bait-bait lirik lagu ini. begitu juga anaknya, Leeya.. Bagi si ibu, lagu itu cukup mendalam maknanya untuk anaknya.. buahati, anugerah Allah baginya.  
Leeya juga turut merasai ibunya benar-benar memaksudkan tiap baris lirik lagu itu.. Kini, lagu itu menjadi penemannya tiap kali dia rindukan ibunya. Begitulah utuhnya sayang ibu dan anak walaupun jasad berjauhan.

p/s : kadang-kadang kita sibuk memikir indahnya kalau ada pakwe/makwe yang bagi lagu macam ni kat kita, tapi kite tak rase indah tu kita dah dapat sebenarnya, cume kita selalu lupa nak pikir, beginilah sebenarnya gambaran doa ibu pada kita selalu. Kita sebenarnya dah dapat insan yang sentiasa menghargai kita, tapi kita yang sering alpa untuk selalu menghargainya! renunglah..