Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

hargai ape yg ade sblm khlgn~~yg bernama adam dan hawa ..

Untuk suami.... renungkanlah. .....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. Isteri adalah murid kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s..w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. .....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara . Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

4 the rest my life =)

Bilamana wanita itu tidak dihormati lagi, maka kenalilah ia dahulu

*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali.
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...

******************

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!


Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!

RoMaNtIk SuNnaH RasulULlaH ...(^_^)

Romantik sunah Nabi

Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.

Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.

Petua mengekalkan sifat romantik


Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan.

Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan

Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan.

Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”, “I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.

Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan, seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda melindungi.

Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri – Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya sensitif.