Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik





1) Tuntutan agama

- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?



*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


2) Mengurangkan dosa

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.



3) Lebih pintar dan tenang

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.



4) Tidak membazir

- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.



5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)



6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.



7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.



8 ) Lebih dihormati


- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

Jom Puasa 9 & 10 Muharram !!!


Hukum Puasa Tasyu’a dan Puasa hari ‘Asyura
Hukum puasa tasyu’a dan puasa asyura adalah sunnah muakkad, yaitu sunnah yang sangat dianjurkan.
Hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari) – Sumber
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Puasa hari Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.

~~air mata lelaki~~


ღ✿ AIR MATA LELAKI ღ✿

ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥✿ღ♥

·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.


·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.


·•●♥ Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak